Dewa-dewa Rig Veda Rig_Veda

Kebanyakan Sukta dalam Rig Veda adalah him doa untuk aneka dewa-dewi. Umumnya terdapat tiga puluh tiga dewa-dewi dalam Rig Veda iaitu 12 Aditya, 8 Vasus, 11 Rudra, Indra dan Prajapati. Kebanyakan Mantera dalam Rig Veda adalah untuk Agni dan Indra.

Terdapat beberapa dewa lain yang penting seperti: Agni, kembar Asvin, Soma, Surya, Varuna, Vayu, Vishnu, Visvedevas, dan Yama.

Dewi-dewi yang penting ialah Usas, Ratri, Vac, Saraswathi, dan Prthvi.

Dewa-dewi ini sering dikelaskan mengikut tiga kumpulan berdasarkan kawasan operasi mereka iaitu di bumi, antariksha dan dyaus.

  • Bumi : Agni, Prthvi, dan Brhaspati.
  • Antariksha (bahagian tengah antara bumi dan syurga) : Indra, Vayu, Parjanya, Rudra dan dewa-dewa Marut.
  • Dyaus (alam syurga) : Varuna, Mitra, Savitri, Surya, Pusan, Aditya-Aditya, dewa-dewa Visvedeva , Usas, dan dewa-dewa Asvini.

Walaupun terdapat pelbagai dewa-dewi, Rig Veda telah menyatakan bahawa Tuhan (atau Kebenaran) adalah satu dan semua dewa-dewi ini adalah pelbagai aspek berlainan Tuhan.[9] Suatu ayat suci Rig Veda yang popular yang mengungkap idea ini ialah:

Ekam Sat, Viprah bahudha vadanti ('Kebenaran adalah satu; para bijaksana memanggil-Nya dengan pelbagai nama.')

Dewa-dewi Hindu bukan seperti dewa-dewa Yunani yang bebas, berasingan dan sering bersengketa antara satu sama lain.

Tuhan Maha Esa

Rig Veda juga merujuk kepada Tuhan Maha Esa dengan pelbagai nama, misalnya: Atma[10] (= Roh), Chaya[11] (= Cahaya), Deva[12] (= Dewa), Hiranyagarbha[13] (= Telur Emas), Ka[14] (= Prajapati), Pita[15] (= Bapa), Purusha,[16] Savita[17] (= Matahari, Pencipta), Tvastha[18] (= Pembentuk), Vena,[19] Vidhata[20] (= Pemberi), dan Visvakarma[21] (= Pencipta dunia).

Selain itu, Indra, Agni dan Varuna juga telah disanjung tinggi sebagai Tuhan Maha Esa.